Rabu, 3 Disember 2014

Phuket to Malaysia

Lepas puas berjalan dan cuci mata ngan awek siam,kami pulang ke hotel dgn seribu satu pengalaman.Tido dalam keadaan kerinduan kat anak bini...rindu masakan kari dan lemak katenye..



Esok pagi,kami berkumpul kat tapak Bike Week untuk bergambar bersama moto masing-masing.






Tapi sebelum tu,kita tapaw makanan untuk serapan dulu...
Jadila untuk alas perut.

Siap Sedia nak ke tapak event.
nak masukkan gambar dalam majalah kapcai ngan giler-giler rider.
huyeeei!!


dah sampai kt tapak event,xleh main redah nak bergambor terus...kita hormat dan kasi can dulu kepada rider yang datang lebih awal.senang cite,first come,first surve.


Ini la kami!!
kali pertama ride bersama,telah mendatangkan satu memori yang xdapat di bayangkan.
Sejarah telah membuktikan,bahawa kami juga mampu mengharungi dugaan dan rintangan serta ada kawan yang mahu susah senang bersama,tak kira dari ceruk mana pun kau datang.

KITA RIDER TIADA BEZA



Yang Benar,
Abang Gebua..


Isnin, 1 Disember 2014

Phuket 2013

Berbalik cerita kita nak makan ayam golek masa ke phuket...
Setelah berkongsi pengalaman ride di antara kami selepas serapan kami,pulang la kami ke bilik hotel untuk packing barang...dalam perjalan pulang tu,sempat lagi main mata ngan awek siam katenyeeeee....
selesai packing,n komfom xde barang tingal,kami semua check out n memulakan perjalanan ke Phuket kira2 jam 11.00 pagi.
Perjalanan dari Krabi ke Patong Beach Phuket mengambil memakan masa dalam 2jam 30 minit (180km)..







kami dah sampai kt kedai yang mana dikatakan ada ayam golek..
kedainya simple saje.
lebih kepada mood santai.kabana katanyeeee...


Ayam golek sorang sekor ye bro..
=p


Sape boleh tolong aku translatekan singboard tu untuk aku??



Untuk kami semua ka ni??





Licin!!






selesai makan,kami duk rehat sebentar sementara otai2 search jalan nak ke Patong Beach.
Diorg je yang paham baca map.
kami yang baru ni,cuma ikut belakang.
sesat diorg,sesat la kami..
Tapi Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar.sampai jugak kami ke Patong Beach tu dengan selamat.



Mad Duha in action.





Masa ni diorg semua dah sampai ke check point.
aku kt belakang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar sekeping dua sebagai kenangan peribadi aku.
Secara kebetulan pula,Jinn Kapcai ada di belakang.
aku pun ape lagi,mintak jasa baik Brother Jinn Kapcai tunggu dan mintak ambilkan gambar aku sekeping.





lepas je simpan kamera,kami berdua pun calibut la kejar diorg..
Rupa2nya diorg semua tengah tunggu kami untuk bergambar.
so apa lagi,bergambar la kitaaaa... menunjukkan bukti kepada anak bini yang kita betul-betul pergi ride ke phuket =p






bergambar,register,dpt lagi layanan awek phuket dengan tisu basah dan air sejuk,kami pun semua ambil mase dalam 1/2jam untuk berehat.lepastu semua gerak menuju ke Patong Beach.








BOB...
Kita kt depan sekali ke kite lambat sekali ni???
=p


Tinggal 39km saja lagi kami nak kene redah dan perah.







Kami tak sabar nak lihat apa yang ada di sebalik bukit tu...
diorang cakap 'kita dah sampai dah ni...belakang bukit tu je'


Kami semakin hampir...Tinggal beberapa km saja lagi bakal kami redah.



WELCOME TO PATONG BEACH



Nampak kat situ yang diorg bukan lepak kosong.diorg menunggu pelanggan untuk menyewa sampan-sampan diorg,



Dipendekkan cerita,kami pun sampai ke Patong Beach kira-kira dah dekat masuk waktu Asar..
sempat juga kami basahkan tekak,
selesai sudah minum petang,dan solat,kami segera ke tempat penginapan kami..
kami di minta turun apabila selesai check in dan simpan barang.
penginapan kami kalini bersamaan 500BHAT je...so RM50 bahagi 3 orang...
murahnyeeee...

Kami dah stanby kt bawah ni lama kot,tp masih ada yang belum setlekan urusan masing2.xpa...kami tetap tunggu,sbb kami nak berseronok bersama-sama.



Semua dah ada??
so kami di beri taklimat serba sedikit,dan kami di ingatkan aktiviti malam adalah aktiviti bebas.
lepas mendengar taklimat,kami bergerak ke tapak Bike Week hanya berjalan kaki sahaja...bukan jauh pun...sekangkang kera je dari hotel ke tapak event tu..
ibarat nak terberak sangat,baru jumpe toilet..kan rase dekat sangat tu?
hahahaha







Nice Beach





Meriah bak hang.


Alamak bro...
lu buat permandangan indah la pulak time gua nak snap gambar...
macam la lawa sangat pusat tu..
:p




Thumb kata bob...













Lepas ronda,depa semua dok satu tempat menunjukkan hasil tangkapan.


Aku tak de beli pape pun derr..
hanya Patches ni je aku beli sebagai kenangan 2013.
100Bhat je pun...jadi la.



ok...lepas je lepak santai,perkene coke sambil main kenyit2 mata ngan awek siam,
kami telah mengambil keputusan,bahawa mlm ni kami nak search,apa yang ada kat Bangla Road.
Tapi sementara nk tunggu malam,ada diantara kami ingin try mandi kt laut Andaman






Serba sedikit view Patong Beach...
macam mat salleh mandi waktu matahari terbenam..
nak dijadikan cerita,malam tu kami walkin kt Bangla Road tanpa kamera.takut nnt korang mengucap panjang..ngeh ngeh ngeh...
so,sory to say sbb xde gambar waktu malam kt Bangla Road...
nak tau,terjah la bersama rakan.
peace yo!!


*Next coretan :
-kami akan bergambar di perkarangan tapak event Bike Week.
-bergambar di jambatan putih katenye..
-Ex5 geng Katong jem

Selasa, 25 November 2014

Krabi 2013

kisahnya bermula pada 2013,dimana aku telah di pelawa mengikut ride ke Phuket Bike Week oleh seorang rider scram masa kat Melaka time tu..Apa yang buat kami teruja lagi,seorang editor Majalah Kapcai juga akan turut bawak kami masuk ke siam sana tu..kami start tayar tonggeng jam 11.00 malam dar R&R Sungai Buloh seperti yang telah dijanjikan.

Jom layan gambar semasa aku nak ke sana.


                               
                                   
                                   
                                     

gambaran kami di R&R Tapah..


waktu malam memang tak ade gambaran la...
gelap tak nampak ape
so...simpan kamera dalam beg la nampaknyeeee



             
sampai tempat insuran kt Changlun ni jam 7.00 pagi.
tempat ni memang betul2 tepi jalan raya.

                                       







kami buat insuran kt sini depa kata murah sikit...
RM16.00 untuk seminggu.jadi laaa...bkan nak lama2 pun kt siam tu..







ok...
selesai sudah buat insuran,kami terus ke Arau,dimana kami akan singgah sebentar kat masjid AL-MURSYID.sementara nak tunggu rider2 yang lain sampai,ada yang lelapkan mata,ada yang mandi,ada yang lapor diri kat bini.hehehehe.Perjalanan nak ke siam,tidak melalui bukit kayu hitam,tapi sebaliknya kami mengikut Wang Kelian dan Satun.














WELCOME TO THAILAND








uit...dah kenape tu bro??
"dont wory geng..moto gua ni manja sikit,gua nak ganti plug ngan ganti kabel clucht je..nasib baik gua bawak 3 kabel,5 plug"
terbaik la bro...mmg terperinci untuk perjalanan yang jauh...






Mad Duha



AMIR




BOB






JIN KAPCAI



AUDY




PIDOWT


Perjalanan dari Wang Kelian sejauh 472km.
perjalanan kami terhenti kt Krabi,sebab kami sepakat untuk bermalam disana...




Mak ai....Krabi lagi 149km lagi.Tak pe..kita pelan-prlan kayuh.



Singgah masjid jap.nama masjid tu aku dah lupa apa namanya.






Tu diaaaa...gambar sebangai kenang-kenangan untuk aku dan rakan-rakan yang lain



Meh aku perkenalkan sorang2..

kiri sekali adalah Pidowt.kami ingat die ni budak siam..

Yang seluar merah menyala tu la Jinn kapcai.Editor majalah yang bawak aku sampai Krabi dan Phuket..

Belakang seluar merah,BOB rakan sepejabat aku..
Yang tengah-tengah tu la Abang Gebua..hehehehe...
Belakang aku,abang bu (amir rakan sepejabat)..

Dua dari kanan tu,namanya Insan...Kami gelar die otai kt jalan-jalan dalam siam ni.
Dan yang kanan sekali,Mad Duha..die pun otai gak.nak tgk cara die organise budak-budak nak ke siam,bolehla tgk kt blog die.malayregime.blogspot.com




Kami sampai kt Ketam Besi dalam lingkungan pukul 8.30 malam.lepas ronda2,kami sergah tempat makan makanan islam,yang terletak betul2 berhadapan CITY HOTEL.selepas perkena nasi ngan air,kami semua gerak ke Ao Nang Beach untuk bermalam di sana.Apa yang menariknya kt Ao Nang beach ni,die betul2 berada di tepi pantai.kalau nak g scuba ke,Poda island ke,semuanye bermula di situ.Beli tiket kt situ,naik bot pun kt situ gak..lepas berpusing2 mencari hotel yang murah,akhirnya kami dpt bilik yang paling murah kt Ao Nang Beach tu.


view bilik hotel yang kami duduk.600bhat untuk 1 malam,bersmaan RM60 duit kita.
Pagi tu kami ronda2 untuk cari serapan pagi.perkena nescafe ngan nasi goreng je..nak lebih-lebih,takut jap lagi time bawak motor nk ke Phuket,sayup je mato...hahaha









Ini lah serapan pagi kami.jadi la...asalkan dapat alas perut.depa kata,"jangan sumbat banyak-banyak...sat lagi kita nak perkena ayam golek siam..."
tu diaaaaaa.....ayam golek siam katenyeee..



Cantikkan??
sikit sangat??
kang aku letak banyak2 gambar,korang tak nak pergi...so biar gambar yg sikit ni je yang buat korang nak pergi sendiri tengok suasana kt sana....next post aku cerita lagi perjalanan kami nak ke phuket..ayam golek!!!

adiosss...





Yang Benar,
Abang Gebua